Karier kelab Nabil El Zhar

El Zhar memulakan karier bola sepaknya bersama OAC Alès. Selepas itu dia bermain untuk Nîmes Olympique sebelum berpindah ke AS Saint-Étienne.

Liverpool

Dia menyertai Liverpool pada bulan Oktober 2006 dan membuat penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan ketika menentang Newcastle pada 3 Oktober 2006.[1] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan simpanan ketika menentang Everton pada 10 Oktober 2006.

El Zhar membuat penampilan skuad utama buat pertama kali pada 29 November 2006, masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Portsmouth. Dia kemudiannya membuat dua lagi penampilan untuk musim 2006–07.[1]

Dia berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali ketika perlawanan Piala Liga menentang Cardiff pada 31 Oktober 2007, dimana dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu.[2] El Zhar ditukarkan dari jersi bernombor 42 ke 31 untuk musim 2008–09.[3]

El Zhar beraksi ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland dan membuat bantuan gol pertamanya pada 18 Oktober 2008, masuk menggantikan Andrea Dossena dengan Liverpool ketinggalan 1–2 kepada Wigan Athletic. Dia membuat bantuan gol kepada Albert Riera dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 3–2. Pada 27 Februari 2009, dia membuat penampilan kesebelasan utama liga untuk Liverpool ketika menentang Middlesbrough di mana Liverpool tewas 2–0.

Pada 11 Julai 2009, dia menandatangani kontrak lanjutan untuk mengekalkannya di Anfield sehingga tahun 2012.[4]

PAOK (pinjam)

Pada 31 Ogos 2010, El Zhar berpindah ke kelab Greece, P.A.O.K. F.C. dan diberi jersi bernombor 7. El Zhar membuat penampilan sulung untuk kelab itu pada 16 September ketika seri 1–1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa UEFA menentang Club Brugge. Dia bermain dalam 5 perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk PAOK. Dia kemudiannya kembali ke Liverpool.

Levante

Pada 18 Ogos 2011, Liverpool mengumumkan bahawa El Zhar telah dilepaskan dari kontraknya[5] dan dia dijangka akan menyertai kelab Sepanyol, Levante UD.[6]

Rujukan

WikiPedia: Nabil El Zhar http://www.as.com/futbol/articulo/levante-ficha-zh... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/players/profile?id=66... http://www.levanteud.com/plantilla/jugador/456/nab... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.lfchistory.net/player_profile.asp?playe... http://www.liverpoolfc.tv/news/drilldown/N16083408... http://www.liverpoolfc.tv/news/drilldown/N16500209... http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/el-zhar...